Bulan Ramadhan


Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW
yang bermaksud:

"Janganlah kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." - HR Tujuh Ahli Hadith


---------------------------------------------



Logo Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52


Sekarang kita telah masuk ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair (Malaysia). Hari ini kita rakyat Malaysia hendaklah berbangga kerana negara kita telahpun mencapai 52 tahun kemerdekaan. Bukan senang dan perkara mudah untuk mencapai kemerdekaan sepertimana kita nikmati hari ini.

Kemerdekaan ini adalah hasil daripada perjuangan tokoh-tokoh pejuang dahulu. Kita adalah pewarisnya, maka kita hendaklah menjaga dan mempertahankan kemerdekaan ini sepertimana mereka terdahulu
memperjuangkannya.


Sehubungan dengan itu, “1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTA MAKAN” dan logo Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 (lihat gambar) dipilih sebagai tema Sambutan Hari Kemerdekaan ke 52 pada tahun ini

Oleh itu, marilah kita sama-sama menghayati dan menghargai kemerdekaan negara kita. Negara kita baru sahaja MERDEKA selama 52 tahun, sedangkan hampir 446 tahun kita dijajah oleh penjajah. Justeru

itu, hargailah KEMERDEKAAN ini dan jangan biarkan kita dijajah lagi.

Negara sudah 52 tahun merdeka, adakah minda kita juga sudah MERDEKA atau minda kita masih dijajah ???


Ini adalah lirik lagu 1 Malaysia.

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

Ancaman Selsema Babi dan Peringatan Allah




Hari ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan ancaman wabak penyakit yang berbahaya iaitu wabak selsema babi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit seperti wabak selsema burung, denggi, JE, HIV dan chikungunnya.

Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Manakala negara-negara yang kini terlibat dengan wabak selsema babi ini ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.

Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :

  • Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius
  • Sakit badan
  • Batuk
  • Berhingus
  • Bersin
  • Sesak nafas
  • Hilang selera makan
  • Muntah, dan cirit birit

Kini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Jika kita perhalusi ancaman ini, adakah ini sebagai peringatan daripada Allah SWT ? Di dalam al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit. Fikir sejenak…

Selain itu juga, di dalam al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.



Doa Hindari Penyakit H1N1

ONLINE RADIO & ONLINE TELEVISYEN