CERITA LAWAK..gelak sampai semput...

cerita lawak [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]



Disini saya ada sediakn koleksi cerita lawak yang saya dapat dari blog2 yang saya lawati..GELAK LA SAMPAI SEMPUT..



Cleaner




Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik.. Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada satiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.

Perkara ini sangat membingungkan para doktor.Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut.Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya.beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut.

Seorang pesakit lelaki yang dilengkapi alat bantuan pernafasan sedang tidur di katil misteri tersebut. Masa berputar.ukul 08:00am.08:30am sehingga jam 9.00 am.tiba-tiba.Pintu bilik ICU itu terbuka.Kemudian masuklah Makcik Bedah. Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci,yang hanya bertugas setiap hari jumaat mendekati katil keramat tersebut dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan pesakit tersebut dan menggantikannya dengan 'plug vacum cleaner'nya.Doktor-doktor yang memantau terus pengsan apabila melihat kejadian tersebut.



----------------------------------------------------
Aug

GIGI




Seorang doktor wanita yang cantik dari bandar melakukan satu kajian kesihatan di sebuah kampung. Ketika hampir semua pendudukkampung sudah berkumpul di dalam dewan itu, doktor wanita itu mula bertanya.

Doktor : Menjaga kesihatan haruslah dimulakan dengan kebersihan gigi.Saya ingin tahu, berapa kali, pakcik-pakcik gosok gigi dalam sehari?
Pak cik Ali : (malu-malu) bagi pak cik, cukuplah sekali sehari.
Pakcik Rizal : Sekali sahaja! Saya 3 kali sehari.
Doktor : Bagus bila masanya, pak cik menggosok gigi?
Pakcik Rizal : Pagi sebelum mandi. Petang, selapas balik dari sawah, dan malam, sebelum tidur. Pak cik Azwan :3 kali sahaja sudah sombong.saya 12 kali!
Doktor : Wah macammana pak cik gosok gigi sampai 12 kali?
Pak cik Azwan : Januari sekali, Februari sekali, March sekali,


--------------------------------------------------------------------------


Derma




Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma.Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua.. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

------------------------------------------------------------------------------------------


Kahwin



Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi. Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.

Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!

Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.

Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!
----------------------------------------------------------------------------

Datang Bulan



Ali dan teman-teman sekelasnya di tadika di tugaskan gurunya mencari sesuatu peristiwa menarik untuk di ceritakan dan di gambarkan keesokan harinya di sekolah. Keesokan harinya tiba giliran Ali untuk menggambarkan hal menarik yang di temuinya.

Ali pun menggambarkan sebuah lingkaran yang di namainya " Datang Bulan. " Gurunya pelik dan menanyakan apa alasan Ali menganggap datang bulan adalah sesuatu peristiwa yang menarik. Ali pun menjawab dengan selamba." Saya sendiri bingung apa yang menarik tentang datang bulan. Yang jelas setelah kakak sulung saya menyatakan terlambat datang bulan selama tiga bulan, ayah saya tiba-tiba sakit jantung. Ibu pula menangis tak henti dan anak muda yang sewa di sebelah rumah bunuh diri."

-----------------------------------------------------------------------

Pening


Posted by Power Renjis

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.

Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...


Hari Jadi

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. "Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu: "SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."


Aug

Bijak Matematik

Posted by Power Renjis

Seorang cikgu masuk ke dalam bilik darjah.

Cikgu : Hari ini kita akan belajar mengira..

Murid-Murid : Baik cikgu..

Si guru mula bertanya kepada salah seorang muridnya, Ahmad

Cikgu : Ahmad, jika 1 biji timun ditambahkan 2 biji epal tambah 3 biji nenas dan 4 biji jambu jdi berapa...?

Ahmad : Jadi ROJAK cikgu..!! Nyam2..

Cikgu : Hah...??


Aug

Kemalangan

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua. seorang wanita tua.dan dua orang anak kecil.luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.masih sihat tanpa sedikit lukapun Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu.lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut.

Polis : "Monyet.apa yang terjadi sebenarnya?"

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : "Oh.kereta terbalik beberapa kali.jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?"

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak.

Polis : "Oh.lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?"

Si monyet menirukan posisi orang tidur.kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.

polis : "Oh.okey.saya dah faham.wanita tua itu tido dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta dan kamu sendiri pula buat apa monyet?"

si monyet kemudian menirukan gaya memandu

02

Aug

Dua Sahabat

Posted by Power Renjis

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing keluarkan roti sandwich dan mula untuk makan. Pemilik kedai yg dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata, "Maaf encik, anda tidak dibenarkan memakan sandwich Anda sendiri di sini!"... Maka dua org sahabat itu perpandangan, sesama mengangkat bahu dan mula menukar sandwich masing-masing...