CERITA LAWAK 2

cerita lawak [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


Jul

Hari Sedih

Posted by Power Renjis

Asri berasa lapar lalu dia pergi ke sebuah restoran untuk makan tengahari..Tiba2 dia ternampak kawan nya duduk minum seorang diri, keadaan nya agak bercelaru seperti tidak terusus... lalu dia pun menyapa kawannya itu...

Asri: Eh..yusof... Kenapa ko ni...nampak sedih je..teruk keadaan ko..cam frust jer..putus cinta ke..cerita la aku nak dengar..mana tau aku boleh tolong.

Perlahan Yusof memandang...lalu mengeleng mengatakan bukan dia putus cinta..lalu dia mula cerita masalah yang menimpa nya

Yusof: Bulan May lepas..mak aku meninggal..tinggalkan aku wang sebanyak RM10,000...

Asri: Aku ucapkan tahziah pada ko..sbar la ye...

Yusof: Bulan Jun yang lepas pulak...ayah aku pulak meninggal...dia wasiatkan aku wang sebanyak RM50,000...

Air mata Yusof mengalir ke pipi nya ..di kesat nya pelahan..Asri menenangkan sabahat nya itu..

Asri: Sungguh pilu..ibu bapa meninggal dalam masa yang singkat...patutla ko begini rupa...byk2 la berdoa semoga roh nya di cucuri rahmat...

Yusof: Bln lepas pulak...Mak cik sedara aku yang menjaga aku pula meninggal..die meninggalkan aku wang sebanyak RM15,000...

Lalu yusof mula meraung ...kaget seketika Asri di buat nya...Yusof diam seketika dan menyambung cerita nya...

Yusof: Sekarang...takde sorang pun yang meninggal..Huawaaaaaaaaaaaaaaaa


Jul


2929

JulJul

Duda dan Janda

Posted by Power Renjis

Di sebuah perkampungan ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang dirumah nya.anak-anaknye semua bekerja di bandar.Berdekatan rumahnya itu ada seorang janda yang juga agak berumur dan juga tinggal seorang.Sudah bertahun lamanya mereka berjiran dan sering juga berhubung dikala kesunyian.Suatu hari.di petang yang redup.si duda duduk di bawah pokok rambai.merenung ke arah rumah si janda.Si janda perasan dan datang menegur si duda.Pak Uda oii.ape yang di menungkannye tu.Si duda menunduk seketika.lalu menjawab.Ada perkara aku nk bagitahu ko ni Mak Jan.Berkerut dahi si janda.kerana kelihatan serius pulak si duda tu.

ape nyer.serius je bunyi nyer.Si duda merenung si janda.lalu dengan kekuatan yang ade die berkata.Aku ni kepingin nak berbinikan ko.ko sudi tak?.Si janda tersenyum dan diam seketika.lalu si janda menjawab Erm.sudi.Setelah berborak seketika.si janda dan duda pun pulang kerumah masing-masing kerana hari sudah menjelang senja.

Pada malam itu.si duda gelisah.dia tidak ingat jawapan yand diberikan si janda petang tadi.adakah dia sudi atau tak.yelah dah tue.memori pendek sikit.Setelah berfikir sejenak.si duda tidak jugak mendapat jawapan.lalu terpksalah die bertanya sekali lagi kepada si janda.Si duda mendail no telepon si janda.nak datang umah tak molek pulak dah malam-malam camni.

Hello.mak jan.pak uda di sini.aku ingin bertnya.almaklum la dah tua mudah lupa.petang tadi aku bertnya pada ko sudikah ko berkahwin dengan aku.apakah yang ko jawab??Mendengar suara si duda.si janda pun berkata Aku jawab aku sudi.ikhlas dari hati.selamat ko telepon aku.Pak Uda.si duda pelik dengan kata-kata janda lalu bertnya.Kenapa??Dan si janda menjawab.Aku pun lupe sape yang ajak aku kawin petang tadi


2828

JulJul

spesial

Posted by Power Renjis

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa. Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la. Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu. Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?
O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..
Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00 ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.
Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?
O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste... Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss... Lepas siap makan,

O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....
Mat : Yaaaa..Boss,
O.K.B : Mai sini sat...
Mat : Ada apa Boss...?
O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.
Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...
Mat : Ada apa Boss...
O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?
Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu kata yang spesial tu mesti telog dua...
O.K.B : ..????????????????????????

2727

JulJul

Tiket Wayang

Posted by Power Renjis

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dengan isterinya. Sampai di kaunter tiket, Chot beli dua tiket untuk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket... Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket.

Kali ini penjual tiket itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?" Chot menjawab, "Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer!!"

2626

JulJul

Jujur

Posted by Power Renjis

Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa." Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti Papan.kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis.

Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya. Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi.", kata pemuda. Sstt.sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis.

Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang memang.memang.benar-benar.rata.Pemuda hanya tersenyum melihatnya. Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya. Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi.?" "Ye la memang seperti bayi,panjang 50 cm dan berat 3 kg"


2020

JulJul

sekolah

Posted by Power Renjis

Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tidak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salim! Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik, pertama Salim sudah berusia lima puluh tahun. Kedua Salim PENGETUA SEKOLAH TU!!!


1919

JulJul

Pancing

Posted by Power Renjis

"Suatu petang.Ketika hari selepas hujan.Seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok. Orang-orang yang melihatnya kehairanan. Ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.

Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya.

Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?"
Atok : "Untuk makan"
Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.."

Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya..

Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?"
Atok : "Oh ada"
Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?"
Atok : "Kamu yang kelima""