CERITA LAWAK 7

cerita lawak [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


18

May

Pepatah

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, Cikgu Zairol masuk ke kelas tingkatan 5. Dia sebenarnya mengajar subjek Bahasa Malaysia.Topik pengajaran pada hari itu berkaitan dengan peribahasa. Di dalam kelas tersebut terdapat seorang pelajar yang sangat lemah dalam bahasa Malaysia. Maklumlah dia bukanlah berbangsa Melayu. Nama pelajar itu ialah Alif. Cikgu Zairol pun berkata kepada Alif. Alif, saya nak kamu beri saya peribahasa yang sesuai bagi situasi ini ya kata cikgu Zairol.Baiklah balas Alif. Cikgu Zairol pun membacakan ayat situasi tersebut. Tahun demi tahun, jumlah anak yatim di rumah-rumah anak yatim semakin bertambah bak kata pepatah.... sambung Alif kata Cikgu Zairol. Dengan penuh yakin Alif pun menyambung Bak kata pepatah KECIL-KECIL TAKNAK MAMPUS BILA BESAR MENYUSAHKAN ORANG. Sejurus selepas itu, 5 pelajar di dalam kelas tersebut telah pengsan kerana ketawa terbahak-bahak... Kisah ini sebenarnya berlaku di sebuah sekolah di pedalaman.


18

May

Pemandu Teksi

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari, seorang wanita berbangsa Filipina di Sabah menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu. Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut Cik mau pigi mana? Wanita itu pun menjawab Tolong hantar saya pi kampung Dangir ya.Pemandu itu pun hairan, sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia belum pernah mendengar nama kampung itu.Oleh kerana tidak tahu lokasi kampung itu, dia bertanya sekali lagi kepada wanita tersebut.Cik, di mana bah itu kampung Dangir?Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu jawab wanita itu.OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu kata pemandu teksi itu.Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini kata wanita itu menunjukkan jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis DANGER (merbahaya).Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut telah meninggal dunia kerana ketawa terbahak-bahak sehingga Strok menyerangnya.


18

May

Tersasar Lagi

Posted by Power Renjis

Kisah ni terjadi di sebuah kem tentera. Sepasukan penembak tepat sedang berlatih di lapang sasar. Salah seorang dari ahli pasukan tersebut, ada la sorang penembak yang paling lemah. Dari 10 tembakan yang dibuat, sekali pun tak kena sasaran. Satu pun tak kena??? Argghhh!!! tension aku, apa nak jadi dengan kau ni???, sergah Kapten pasukan. Sorry tuann!!! Tersasar tuan!!! balas penembak tu. Takpe takpe saya akan dekatkan sikit sasaran tu ke jarak 5 meter, kalau tak kena jugak, dipersilakanlah untuk beramboss!! Tapi yg sedih, sama jugak keputusannya, habuk pun tak kena, dengan muka selamba, penembak tu pun meminta maaf Sorry tuann!!!! Tersasar lagi tuan!!!. Kapten yang dah hot tahap megi hot cup tu pun menyergah Kalau macam ni baik kau pergi mamposs!!!. Pergi belakang berek tu dan bedil kepala kau sekarang jugakkk!! Kerana patuh dengan arahan, penembak tersebut pun pergi ke belakang berek. Kemudian terdengar bunyi tembakan dilepaskan. Kali ini kapten benar-benar terkejut kerana mendengar sekali lagi perkataan dari orang yang sama: Sorry tuannn!!!!! Tersasar lagi tuannnn!!!!!


18

May

Burung Kakak Tua

Posted by Power Renjis

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.
Isteri : Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?
Suami : Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula
Isteri : Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?
Suami : Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!
Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah
Burung Kakak Tua: SATU-SATU LAH BODOH!!!


18

May

Cirit Birit

Posted by Power Renjis

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut. Calon pertama berkata FIKIRAN , kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari Bagus , satu jawapan yang baik kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua. KELIP MATA , kerana tanpa kita sedari , sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua. Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu. Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga. Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga. Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi. Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT jawab calon keempat dengan yakin sekali. Haaa ? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi. Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah .. Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan

16

May

Hari Guru

Posted by Power Renjis

Kepada semua warga pendidik di seluruh negara khususnya yang melayari blog lawak today.Selamat hari guru diucapkan.Semoga Allah SWT merahmati segala jasa dan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Ulang tayang lawak hari guru :

Al-kisah tentang pelajar tahun enam di sebuah sekolah rendah yang menyambut hari guru. Masing - masing berebut - rebut nak memberi hadiah kepada cikgu kesayangan mereka, cikgu lina. Apabila loceng tamat kelas dibunyikan, beraturlah murid tahum Enam Gigih untuk memberi hadiah kepada guru kesayangan mereka itu. Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah. Tibalah giliran Leha, ketua kelas, dengan kotak yang bersaiz besar dan cantik, lain dari yang lain menghulurkan hadiah tersebut kepada Cikgu Lina. Tapi sebelum itu, sambil tersenyum simpul si Leha meminta cikgunya meneka isi kandungan kotak itu. Maka jenuhlah Cikgu Lina meneka. Bermula dengan kek sampailah kepada lampu tidur, semuanya disambut dengan gelengan kepala si Leha tanda salah. Dengan tidak semena - mena, ada cecair yang meleleh dam menitis dari bucu kotak itu. Dengan lajunya, Cikgu Lina mencalit titisan cecair itu dengan jarinya lalu memasukkan kedalam mulutnya dan merasa.. "Hmmmm.....masam....ha....cikgu tau dah...kamu hadiahkan ccikgu jaruk mangga ye. Mana kamu tahu favourite cikgu ni? Pandainya... "Errrr....sebenarnya kan cikgu...saya hadiahkan cikgu ANAK KUCING," terang Leha sambil bersedia nak blah.


14

May

Ahmad

Posted by Power Renjis

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalamada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nieterus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tigalagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".


14

May

Ah Seng Dan Pelacur

Posted by Power Renjis

Ah Seng sudah berusia hampir 35 tahun tetapi masih belum berkahwin. Bukannya tak hensem tetapi dia tidak tahu macam mana nak mengorat awek. Atas alasan itu, dia mengambil keputusan untuk membujang sahaja.Satu malam, dia teringin untuk melakukan hubungan seks. Satu perkara yang tidak pernah dilakukan sepanjang hidupnya. Jadi, dia telah ke pekan untuk mencari seorang pelacur. Setelah berjumpa, Ah Seng membawa pelacur itu balik ke rumahnya.. Apabila Ah Seng handak memulakannya, tiba-tiba pelacur itu menolak Ah Seng...Ah Seng: Kenapa?Pelacur: Awak perlu memakai Kondom dahulu...Ah Seng: Kondom tu hapa?Pelacur: Nah.. ambil ni dan sarungkan pada awak punya tuuu.. Kalau awak tak pakai kondom, saya akan mengandung... .Ah Seng: Oooo...Lima hari berlalu... Kisah tersebut masih dalam ingatan Ah Seng. Tetapi masih ada perkara yang masih diragukan... Lalu Ah Seng mencapai telefon dan mendail nombor hanphone pelacur itu.
Ah Seng: Hello... Saya Ah Seng, Ingat Lagi? Lima hari yg lalu saya ada booking awak.
Pelacur: Ye.. Ye.. Ingat... Kenapa?
Ah Seng: Saya nak tanya sikit, bila boleh saya tanggalkan kondom ni?


14

May

Posman

Posted by Power Renjis

Pada tengahari buta yang panas terik, seorang posmen datang menghantar surat. "Assalamualaikum!" posmen beri salam. "Waalaikumsalam", jawab tuan rumah, seorang lelaki tua.Posmen : Ni rumah Encik Effendi bin Md Top, ke? (soalnya sambil mengesat peluh di muka)Tuan rumah : Ya, saya.
Posmen : Fuh... pening kepala saya cari rumah pakcik ni, jalan berbelit-belit... .
Tuan rumah : Laa... buat susah aje encik ni! Apsal tak poskan aje surat ni?
Posmen: ??


14

May

Malaysia Boleh

Posted by Power Renjis

Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar silat dari Malaysia. Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya. Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya, mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi 'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan terbang.Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".


14

May

Terkencing Di Dalam Bas

Posted by Power Renjis

Didalam satu bas diwaktu petang semasa ramai orang berebut-berebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah sedang duduk berdepan dengan seorang lelaki jawa yang sedang berdiri berhimpit-himpit dengan penumpang yang lain. Memang kebiasaannya diwaktu begini jalankan jem. Jadi bas tu tak dapat le bergerak dengan sempurna.Gadis yang resah tu rupanya ..nak terkencing. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last terkencing le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buat le buka handbag dan cuba mencari sesuatu .Tanpa disedari Jawa didepannya dah perhatikan dia dengan agak lama juga.Nak jadi cerita orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ke tempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut."Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya"...Jawab gadis tersebut "Ohh... tadi botol minyak wangi saya tertumpah.Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada".Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk.Setelah duduk dia pun cium le sapu tangan tersebut untuk menghidu wangiannya.Bau-bau punya baru le jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu jawab.."Lo...Kalau minyak wangi jenama ini..Kalau mau, saya ada penutupnya."


12

May

HP Dan Pak Pandir

Posted by Power Renjis

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ..."Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"


11

May

Cara-Cara Nak Menakutkan Hantu

Posted by Power Renjis

POCONG
Hantu yg berbungkus mcm lepat pisang baru masak ni mmg mudah cara kelemahannya.
Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kpalanya dan tarik kain balutannya.
Sudah tentu dia akan berasa malu sbb dia tidak pakai apa2 pon,
selain kain kapan pembungkusnya itu.

LANGSUIR
Dia ni suka pandang muka kita,jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil
jelir2 lidah.Kalo x pon tunjuk cermin muka kat dia,pasti dia tersipu2 malu.

PONTIANAK
Hantu yg suka ketawe.Kalau terserempak dgn dia,kita pon mestilah ketawe sama.
Kalau bleh kita cuba mengilai lebih kuat dr dia,tentu dia boring.

HANTU GALAH
Hantu ni la yg paling tinggi di muka bumi.
Kalau terjumpa dia ,kita hendaklah maniarap .Pasti dia x perasan kita ada di situ.

HANTU RAYA
Hantu ni suka beraya n suka menyamar jadi tuan dia.Caranye senang je...
sambutlah hari raya tiap kali dia,bagi duit,ajak maen meriam buluh,suruh kacau dodol
atau jaga lemang.Tentu x kacau kita sbb byk keje kene buat.

JERANGKUNG

Dia ni ade kulit tapi nipis.Tinggal rangka je dan paling mudah utk menewaskannye.
Kita hanya perlu tunjal dahinya dgn telunjuk n lihat gerak-gerinye mengimbang badan
utk berdiri tegak.

TOYOL
Lagi snang kalo nk kalahkn dia,bagi duit satu sen berguni-guni...nnti dia ingat
duit emas,pastu dia pikul bawak balik bagi tuannye...
pastu sah2 lah dpt penampar Jepon dari tuannye sbb mana nk tukar
duit satu sen byk2 tu.