CERITA LAWAK 5

cerita lawak [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]


20

Jun

Mee Bandung

Posted by Power Renjis

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit
dengan orang gajinya,Sutina.Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad
Suffian yang dirinya mengandung.

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah
mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk
melahirkan anak mereka di sana.

Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut
sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.

Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh
Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis
perkataan Mee Bandung dibelakangnya setelah anak mereka lahir
nanti.Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk
anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari
kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang
keliru.

Bang...abang dapat poskad yang peliklah hari ni, kata Norzalina.

Oh, tak pe...bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,
kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat
Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian
bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi ...

Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung - 2 ada telur, 2
tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!


19

Jun

Viagra

Posted by Power Renjis

Seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, 'suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan'. 'kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!' ujar doktor tersebut. 'oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!' 'begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa..' nasihat doktor itu lagi. 'ok,..saya akan cuba..' kata wanita tersebut sambil berlalu. keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata 'sungguh memalukan!..sungguh memalukan!'. sambil terkejut doktor itu berkata '..kenapa, tak berkesankah?' 'oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!'. 'habis.. apa masalahnya?' tanya doktor kehairanan. 'yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama pada waktu kejadian!!.mendengar kata-kata tersebut,doktor itu terus pitam.


18

Jun

Alahai Mamat

Posted by Power Renjis

Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi, berkopiah di kepala.

Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu.

Selepas semuanya selesai barulah dia orang tidur. Ketika sedang nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah.

Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi,

Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat? lantas Si Mamat jawab, Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi.

Mendengar kata-kata menantunya itu,Pak Haji Dollah terus pengsan.


17

Jun

Hubungan Sulit

Posted by Power Renjis

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um,ah'e'um'... (faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi.. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah.

Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah...

ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.

Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.

Bohong.gg... .ni mesti abang pergi main golf la kan?


16

Jun

Atuk

Posted by Power Renjis

Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "AsBestOSSs punya cucu*!%$^^%$&

15

Jun

Perompak

Posted by Power Renjis

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..Sorang perompak berkata.." Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"Sorang pekerja kilang tu membalas.." ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."Perompak berfikir seketika.."Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."Pekerja kilang yang muda berkata.." Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."Tetiba..makcik tu berdiri.." Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la

14

Jun

Side A Dan Side B

Posted by Power Renjis

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi.Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."


13

Jun

Ayah Terhebat

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari ada tiga orang kanak-kanak sedang melepak dan mereka saling cerita-menceritakan tentang kehebatan ayah mereka.
Abu : Ayah ku mempunyai beberapa buah banglow yang cukup besar.
Ali :Ayah ku lagi hebat,dia seorang Pengarah Urusan disebuah hotel 5 Bintang di Amerika.
Abu : Apa pula pekerjaan ayah kamu, Azwan?.
Azwan : Ayah aku dapat menahan sebuah bas besar hanya dengan menggunakan satu tangan.
Ali : Wow Terer giler! Apa pekerjaannya?
Azwan : Polis Traffic.

12

Jun

Orang Gila

Posted by Power Renjis

Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka masa di institusi tersebut.Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi."Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting dibawa bersama?"Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik."Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor itu."Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah berfikir panjang."Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat."Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,Veteran pula dipanggil."Awak dah lama benar di sini kan?""Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran sebelum ini."Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambilmasa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja."Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa."Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran."Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

11

Jun

Tiket

Posted by Power Renjis

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di Englanddengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiapseorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga."Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salahseorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkanketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintutandas tersebut.Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebutdan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelakiIndia itu memang bijak.Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapatmenjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"tanya salah seorang lelaki Pakistan."Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuahtandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengahmengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.


10

Jun

Basikal

Posted by Power Renjis

cerita ni kat perkampungan orang asli.ade sebuah famili ni, suami, isteri dan seorang anak dan tinggal di tepi sungai.pada satu hari, si ayah membawa si anaknya pergi mencari rotan kat hutan. kemudian anaknya meminta ayah membeli basikal.bermula pada ari tu si ayah bersungguh2 la kerja untuk membeli basikal tu. setelah sebulan kumpul duit si ayah berjaya beli basikal untuk anaknya.petang tu, si ayah mengajar anaknya mengayuh basikal sambil si ibu melihat dari tangga rumah mereka. selang beberapa minit si anak pandai mengayuh basikal.tengah si ayah dan si ibu tengok anaknya mengayuh basikal tiba2 anaknya terlajak dan terus masuk dalam sungai bersama basikal.kemudian si ayah bergegas terjun ke dalam sungai sambil si ibu menunggu di tebing. selang beberapa saat si ayah timbul bersama basikal.lalu si ibu bertanya, kanapak abang selamatkan bacikal bukan anak kitak?si ayah jawab dgn nada relex, bacikal nik susah mau dapat, kalau anak tu kitak buleh buat lagi..mendengar kata-kata itu,,isterinya terus pengsan.


10

Jun

Kereta Rosak

Posted by Power Renjis

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi."Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje...."Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea."worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam""Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed track kat bawah jambatan.Vrooommm.bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu..kete kancil ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'


09

Jun

Pemandu

Posted by Power Renjis

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa.adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue.maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot.mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie.takde kuasa aku nak tau.baik aku cerita pasal aku.tak gitu.Dan untuk pengetahuan kau.seperti yg kau lihat.dan sememangnya tidak dinafikan lagi.aku dilahirkan sehensem-hensem umat.kerana itulah jugak.berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang.siap ada listing lagik.tapi ada satu bende yang sedih.setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku.aku pun tak tau apasal.Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku.dier le awek aku yg paling last.muktamad dah nie.surat menyurat takkan dilayan.kalo intan tinggalkan aku.cam awek awek aku yg dulu.sumpah aku tak nak kahwin.Bende yang aku nyampah tue jadik jugak.setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping.Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris.macam macam dier komplen.dier tau aku keje sebagai driver.takkan takde kete.bawaklah kereta awak tue.takkan nak terperap kat rumah je.tak syok la naik moto.rambut berserabut lar.muka cair lar.kain terselak lar.malu nanti orang tengok lar.tak buleh nak seksi lar.Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku.sure itulah kali last aku akan jumpa Intan.Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus.berdesing telinga aku.aku cakap kat dier.baiklah.esok aku akan datang naik kete besar.jauh lagi besar dari kete mesedis.Seperti yang ku jangka.itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan.Intan terus menghaibkan diri.aku dah agak dah mesti terjadi punyer.cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua.especially depa yang pernah jadi awek aku or bakal awek aku.Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie..satu hari nanti.Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian
Kuala Sepetang Taiping Perak