CERITA LAWAK 4

cerita lawak [1] [2] [3] [4] [5] [6] [7]

03

Jul

Rezeki

Posted by Power Renjis

Seorang ayah dan anak dari golongan suku kanibal sedang berburu untuk mendapatkan daging manusia. Buruan mereka kali ini untuk santapan malam. Tidak lama kemudian muncul seorang lelaki tua yang kurus.

Anak: Tengok Pak!! Adak mangsa!
Ayah: Jangan! Lihat saja tubuhnya, tak adak isi, tentu tak cukup untuk kitak. Lagikpun tentu adak penyakit.

Tidak lama selepas itu, muncullah pula seorang lelaki gemuk.

Anak: Wah, itu rezekik kitak Pak, tahan untuk duak hari !
Ayah: Jangan! kitak boleh mati kenak serangan sakit jantung kalau makan daging diak yang banyak lemak. Tunggu saja yang lain.

Sekian lama menunggu hari pun dah hampir senja, tiba-tiba muncul seorang gadis yang sangat cantik dan seksi giler kat tempat mereka menunggu mangsa.

Anak: Uiih!!! Pak yang kalik ini bagus Pak, tentu isik diak lazat. Ayuk kitak makan, lapar nih.
Ayah: Jangan! Kitak tak akan makan perempuan inik.
Anak: Kenapa Pak?
Ayah: Sebab kitak akan bawak diak balik rumah dalam keadaan hidup, untuk santapan malam inik.kejap lagi kitak makan saja ibuk mu dulu sebagai makanan hari inik.


02

Jul

Kawan

Posted by Power Renjis

Mintak tolong tuan puan ajak kawan anda beramai-ramai datang ke blog ni..kalau takde yang ajak kawan datang kesini, aku malas dah nak wat posting kat blog ni mulai esok..hihi

mau kasi cukup 450 orang followers dulu ok :p

Mogok 1 minggu!!

02

Jul

Masih Dara

Posted by Power Renjis

Seorang janda yang sudah tiga kali kawin cerai diperiksa doktor. Waktu doktor mahu periksa dalam, terjadi percakapan.

Janda : “Hati-hati periksa ya doktor, saya masih dara!”
Doktor: “Hai kata Puan dah tiga kali kahwin cerai takkan masih ada dara?"
Janda : “Gini doktor, x-husband saya yang pertama adalah mati pucuk."
Doktor: “Oh gitu, tapi suami yang kedua puan tak mati pucuk kan?”
Janda : “Betul doktor, cuma dia gay, jadi saya tidak diapa-apakan langsung.”
Doktor: “Lalu suami yang ketiga Puan tidak mati pucuk atau gay kan?”
Janda : “Betul doktor, tapi dia orang politik."
Doktor: “Tapi apa kaitannya dengan dara Puan?”
Janda : “Dia cuma berjanji sahaja dok, ‘tapi tidak pernah direalisasikan!!!”
Doktor: “?!?!?!?! ?”


01

Jul

Makanan Suami

Posted by Power Renjis

Suatu pagi ketika seorang suami hendak berangkat ke tempat kerjanya.

Suami : "Ema.. abang pergi dulu ya"
Isteri : "Abang tak sarapan dulu?"
Suami : "Tidak.. abang nak cepat nie!"

Lalu si suami mencium bibir isterinya dengan mesra dan berkata "inilah sarapan pagi abang"Tengaharinya.si suami pulang kerumah.

Isteri : " Ada apa abang balik kerumah tengahari ni?"
Suami : " Ada sesuatu yang tertinggal"
Isteri : Marilah makan tengahari dulu"
Suami : "Tak pe lah.. abang nak cepat nie"

Lalu dengan mesranya si suami menghampiri isterinya dan mencium "dadanya" sambil berkata "inilah makan tengahari abang!"Petangnya.ketika si suami pulang dari kerja dia terkejut melihat sikap isterinya yang duduk tanpa pakaian diatas periuk nasi yang panas membara.lalu bertanya.

Suami : "Awak sedang buat apa tu?"
Isteri : "Panaskan makanan malam untuk abang!"


30

Jun

Batu Ajaib

Posted by Power Renjis

Pada 1 petang yang aman damai,seorang pemuda sedang melepak di sebuah kerusi di satu taman.sedang lepak-lepak datang sorang pakcik tua duduk sebelah pemuda tadi,penat kot tengok anak-anak dara berkeliaran ditaman tersebut. sedang pakcik tadi lepak-lepak, pemuda itu pun bersuara, pelik betol la aku tengok batu ni,tengok sekali imbas macam batu biase,tapi bile di pegang lembut macam getah pulak.heran sungguh.

Atas dasar menjaga kain orang lain,pakcik tadi pun berkata,bak sini aku tengok,ko orang muda mana kenal batu-batu ni pemuda itu pun menyerahkan batu itu kepada pakcik tadi.setelah 5 minit dibelek-belek batu itu pakcik itu pun berasa hairan.Betol la,ajaib sungguh batu ni nampak keras tapi bile pegang lembut macam getah.mane ko jumpe batu ni nak? dengan selamba pemuda tadi menunjukkan lobang idungnya kepada pakcik tadi.DALAM NI HAH


29

Jun

Kuda

Posted by Power Renjis

Pada suatu hari yg tenang.seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar.tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk.PANG!!.diketuknya atas kepala si suami.si suami yg terpinga-pinga.bertanya."Aper hal ngan awak nih.kenapa awak ketuk kepala saya??".si isteri pun menjawap."nah! awak tengok nih.sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama.'Mary'.si isteri tentu la menyangka si suami mempunyai kekasih lain yang bernama Mary.dengan tenang si suami menjawab.ooo.itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.namanya Mary.si isteri pun agak puashati dengan penjelasan suaminya.terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat-rehat membaca suratkhabar seperti selalu. PANG!!!.kali ini dengan lebih kuat lagi!.si suami pun bertanya.aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???dengan selamba.si isteri menjawap."kuda awak telefon!!"


28

Jun

Sibuk

Posted by Power Renjis

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan kepintarannya.Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya sehinggakan terlupa untuk makan minum malah sudah dua hari tidak pulang ke rumah.lalu isterinya menelefon."abang.ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam.

Jaga kesihatan". pesan isterinya""Ya, baik.abang janji.agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu."Di rumah saja lah bang.". "Baik lah.tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu.


27

Jun

Anak Yang Patuh

Posted by Power Renjis

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya."kamu hendak ke mana?syurga atau neraka?siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.

Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?"semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi.dengan kehairanan ustaz itu bertanya.bila saya tanya nak masuk syurga.awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan.habis awak nak ke mana??".Jawab murid itu"saya tidak mahu pergi ke mana ustaz.bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan.jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"


26

Jun

Lif

Posted by Power Renjis

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall.Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung je.Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia." Pak, itu amenda pak?"Bapak menjawab," Entah lah nak.bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh.

"Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan pintu lif terus tertutup.tidak lama kemudian pintu lif terbuka.TINGGGG!!!!!keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE.lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah.“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH.CEPAT!!


25

Jun

Rumah

Posted by Power Renjis

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg." Kenapa mengemas? " lelaki itu bertanya kepada isterinya.Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung tajam lelaki itu lalu berkata," Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun!.

Dalam masa 15 tahun itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini sekarang jugak! "Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian." Betul juga kata awak. Saya juga dah tak tahan dengan rumah ini. Saya juga nak ikut awak keluar dari rumah ni ! "


24

Jun

Hari Bapa

Posted by Power Renjis

PENGUMUMAN HARI BAPA!!!

Semua bapa layak tuntut REBET dari isteri anda bermula dari jam 10:00 malam ini. Kepada bapa yang memiliki isteri berusia 18-29 tahun boleh tuntut 3 kali. 30-45 tahun 2 kali. 45 tahun ke atas 1 kali. Pandai-pandailah bapa-bapa membawa diri. SELAMAT HARI BAPA (walaupun agak lewat)

P/S: Menopause tidak layak menuntut.


24

Jun

Malam Pertama

Posted by Power Renjis

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya.

Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?"


23

Jun

Gatal

Posted by Power Renjis

Ada seekor burung kakak tua yang sangat cerdik dan mempunyai pandangan mata yang sangat tajam sehingga boleh menembusi apa-apa halangan yang menutup matanya (Transparent le tu)
Setiap pagi burung ini akan bertenggek di dalam sangkarnya yang tergantung di tingkap.

Rumah tuan punye burung ni terletak di antara sekolah rendah dan kuaters guru.Setiap pagi ada 3 orang cikgu melintas di hadapan rumah tuan punye burung ni dari sekolah ke kuaters guru, oleh itu hari-hari lah burung ni perhati 3 orang cikgu yang bertutup litup tuh ke hulu ke hilir.ke hulu, ke hilir.

Setiap hari burung ni tengok cikgu-cikgu tu atas bawah, atas bawah.Bila dia boring dia menyanyi-nyanyi.tak pun, dia akan baca skrip cerita sembilu 2.lama-lama makin boring pulak. so dia ternampak le si cikgu-cikgu tu berderet jalan slow-slow nak pergi ke sekolah.Burung ni pun kuyu-kuyukan mata dia.then tonyoh tonyoh sikit mata dia.dah tu dia kibas-kibas kan kepak dia.pas tu dia jerit kuat-kuat."BELANG!! PUTIH!! BIRU!!!"Cikgu-cikgu tadi sama-sama menoleh ke arah burung tu dan pandang ke depan semula. Mereka jalan cepat-cepat.

Sampai di sekolah mereka cuma saling pandang memandang.Keesokan harinya cikgu-cikgu tu pun macam biasa lalu depan burung tu lagi. Bila balik ke rumah kuaters guru, burung tu buat dek je... bila time cikgu ni nak ke sekolah, burung tu jerit lagi."PUTIH!!! BUNGA-BUNGA! !! PINK!!!"Cikgu-cikgu tu terkejut dog.dan berjalan cepat-cepat lagi.sampai di sekolah depa pun tanya sesama depa.
cikgu pertama : camna burung kakak tua tu tau warna sepender yang kita pakai?"
Cikgu kedua : Tak tau pulak.ahli sihir ke apa ntah.
Cikgu ketiga : Alah kebetulan je agaknyer.tak pe, kita tengok besok pulak camana.

Keesokan hari nya macam biasa.pagi-pagi cikgu-cikgu tu lalu depan rumah burung tu.burung tengah bersenam memusing-musingkan kepaknya 360 darjah."Iyah! iyah! lapan lapan lagi.satu.dua." dan seterusnya.Bila time cikgu ni nak ke sekolah, lalu lagi depan burung.Burung pun tengok.dia jerit lagi.KELABU!! HIJAU!! PURPLE!!"Cikgu-cikgu berlari-lari anak tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Setiba di sekolah guru mereka berbicara lagi.

Cikgu pertama : Memang betul apa yang burung tu cakap.heh, apa nak buat hah?".
Cikgu kedua : Kita mesti buat something untuk uji burung tu".
Cikgu ketiga : Aku tau.apa kata esok kita semua pakai color hitam".
"Okey...Set! !!!!" balas depa.

Keesokan harinya.sama juga.bila time ke sekolah, burung tu jerit lagi.HITAM!!HITAM! !!HITAM!! !!"Cikgu-cikgu tu berlari anak lagi.di sekolah mereka berbincang.

Cikgu pertama : Nampak nya burung tu mempunyai pandangan mata yang transparent.
Cikgu kedua : Atau pun dia cuma boleh kenal warna?
Cikgu ketiga : Betul tu, mungkin dia dah di latih untuk meneka warna, tapi tidak dilatih untuk meneka bentuk. Kengkawan, apa kata esok kita jangan pakai sepender langsung.
"Orait!! Set!!" depa jawab.

Keesokan hari nya, lagi sekali macam biasa Di waktu pagi burung buat dek je.bila time cikgu-cikgu tu nak ke sekolah, burung tu tengok.ditenungnye lama-lama.cikgu-cikgu tu mula tersenyum dan jalan slow-slow.sambil toleh-toleh kat burung tu.burung tu tengok lagi.dia naik-naikkan mata macam Ziana Zain gitu.dah tu pusing belakang.dia tengok lagi dengan cara menonggeng.dah tu dia pandang ke depan balik.dia garu-garu kepala.dah tu usap-usap dagu.dia cekak pinggang.dah tu burung tu pegang dagu lagi.pastu dia senyum.dia jerit lagi kuat kali ni."LURUS!!! LURUS!! KERINTING!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! "Cikgu-cikgu ni terus lari sampai tak cukup tanah gamak nyer.


22

Jun

Karipap

Posted by Power Renjis

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya. Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?.

Tanya gurunya. RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan. salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang. mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.

Amer tetap memberi jawapan RM1 Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


21

Jun

Nangka

Posted by Power Renjis

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea.Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis.

'AWAS!!! SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya,petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi.

Seminggu selepas itu,Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang.tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis.

'KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN'